Jangan Baca Novel Ni - Chapter 12
?Bab 12 (18/4/2014)

Azim melepaskan kembali nota itu ke atas katil. Dia berdiri di hadapan cermin panjang di dalam biliknya. Seluruh tubuhnya terasa gatal. Dia menanggalkan baju dan seluarnya satu-persatu. Sehingga dia berdiri tanpa seurat benang.

Yang ada hanya bulu. Pada seluruh tubuhnya. Meliputi setiap inci kulitnya. Bulu-bulu halus berwarna hitam dan bersinar.

Azim melontarkan dirinya ke atas katil. Kepalanya pusing dan matanya berpinar. Badannya panas. Terlalu panas.

Otot-otot sendinya terasa sengal. Kuku jarinya terasa pedih. Gusinya berdenyut. Di dalam kesakitan yang tidak tertahan, Azim terus terlena.

Langit yang semakin kekurangan cahaya, telah membangunkan Azim dari tidur sakitnya. Dia melihat jam. Pukul enam setengah.

"Elmira..."

Azim bangun. Dia menuju ke tandas untuk mandi. Di dalam cermin tandas, Azim dapat melihat wajahnya yang sudah tersembunyi di balik bulu hitam yang tebal. Menakutkan.

"Aku tak mau takutkan Elmira masa majlis hari jadinya nanti..."

Azim pun mengambil pisau cukur dan mencukur keseluruhan wajahnya. Kembali menampakkan kulitnya yang sawo matang dan mukanya yang tampan. Tapi tak cukup tampan baginya.

"Aku tak cukup handsome untuk Elmira yang cantik. Tapi aku cukup sayang pada dia. Tak ada ragu di situ..."

Azim mengenakan baju sut hitam, lengkap dengan bow tie dan pocket square warna ungu. Warna kegemaran Elmira.

Dia menarik lengan bajunya betul-betul ke bawah. Untuk menyembunyikan tangannya yang berbulu lebat. Terlalu lebat dari normal. Tapi Azim tak ada masa nak fikir. Malam ini, malam untuk Elmira. Benda lain tak penting. Walaupun dirinya sendiri.

Di majlis hari jadi Elmira...

Walaupun majlisnya meriah dengan orang ramai, birthday girl tetap berwajah muram. Dia tak dapat menumpukan perhatian. Asyik ke sana ke sini mencari sesuatu.

"Mana Azim ni...?"

Kalau dia tak sibuk mencari Azim, dia akan ke hadapan cermin untuk membetulkan rambutnya. Dan bajunya.

Juga gelang manik yang Azim hadiahkan padanya minggu lepas. Walaupun Elmira punya bermacam jenis barang kemas dari buatan emas dan berlian.

Tapi gelang manik yang berharga dua puluh lima ringgit itu juga yang dia pilih untuk dipadankan dengan dress putihnya yang berharga tujuh ratus sembilan puluh ringgit untuk majlis malam ini.

Walaupun gelang itu murah, dan taklah begitu cantik, Elmira paling sayang yang itu. Sebab Azim yang bagi. Sanggup menahan perut tak makan selama seminggu untuk membelikan gelang itu buat Elmira.

"Mira... duk buat apa dekat dalam ni? Mummy dan daddy cari Elmira dekat luar. It's time to cut the cake...." Tiba-tiba, abang Elmira menjengukkan wajahnya ke dalam bilik tidur Elmira.

"Nak potong kek dah? Tapi... Mira nak tunggu Azim."

...bersambung

Bab akan datang:

Sempatkah Azim sampai sebelum Elmira memotong kek hari jadinya?