INSECURE - 2
[Sam]

Waktu rehat. Aku berkeliaran di kantin sekolah bersama temantemanku yang sama nakalnya dengan aku. Selalunya aku tidak makan. Wang belanja sekolahku selalunya cuma empat ringgit. Dua ringgit untuk bayar denda. Dua ringgit lagi untuk beli minyak motor. Jadi bagaimana caranya aku makan? Begini.

Cari mangsa di kantin, dan lihat kiri kanan dulu.

“Eh Cindy. Nampak sedap je mi tu. Mintak sikit boleh?” Aku akan duduk di sebelah Cindy lalu memakan dua suap mi rebusnya dan menyedut jus lemonnya. Kemudian baru aku meneruskan katakataku. “Makin kuruslah kau sekarang. Macam ni baru cantik.” Saat itu, suapan ketiga dan keempat sudah selamat masuk mulut.

“Hahaha. Thanks Sam. Aku memang tengah diet.”

“Wah, berkesan ya?” aku mengangkat tanganku. “High five!”

Kemudian telapak tanganku dan Cindy bertemu. Kami samasama ketawa. Barulah aku beredar dari situ dan mendekati meja lain.

“Wah,wah. Lepak tak ajak ya?” Aku akan duduk di antara anggota perwakilan pelajar sebelum menarik sudu dari salah satu mangkuk soto mereka. Juniorku. Aku tak tahu namanya. Aku akan menyuap soto ke mulut. “Jadi apa plan korang untuk majlis perpisahan kami?” soalku.

Mereka serentak saling berpandangan dalam diam. Kemudian aku akan berdiri. “Hmm..okay. Mesti rahsia kan? OK. Aku akan sabar menunggu.” Dan kemudian aku akan kembali ke meja teman-temanku.

“Nak air!” ujarku sambil menarik gelas berisi teh o ais salah seorang dari mereka.

“Dah kenyang?” sindir Diga. “Pandai kau ek?”

Aku tertawa. “Kau patut bersyukur aku tak curi makanan kau. So jangan banyak cakap.”

Selepas loceng menandakan waktu rehat sudah tamat berbunyi, kami kembali ke kelas. Aku akan menyambung tidurku. Dan saat aku bangun, kelas pasti sudah kosong.

.Aku berjalan perlahan-lahan menyusuri koridor yang sudah sunyi sambil sesekali menyuap. Tetapi mataku yang mengantuk tiba-tiba menjadi segar saat melihat Zee duduk memeluk lutut di belakang bilik kaunseling yang sunyi.

Jantungku berdebar kencang. Automatik aku melangkah menghampirinya dengan langkah yang panjang-panjang. Saat mendekatinya gerakanku automatik menjadi perlahan saat menyedari Zee sedang menangis tersedu-sedu.

“Zee…” sapaku.

Dia mengangkat muka, sebelum kemudian tergesa-gesa mengelap air mata yang membasahi wajahnya yang putih kemerah-merahan itu dengan tapak tangan.

Aku bertinggung di hadapannya. “Kenapa kau nangis? Ada orang pukul kau?”

Zee menggeleng. Masih diam. Aku juga diam. Aku tak pasti kenapa aku, Sam Alqori boleh kehilangan kata-kata saat melihat seorang gadis menangis. Aku paling benci air mata.

“A..aku nak balik…” ujarnya sambil berdiri.

Entah bagaimana, dia hilang keseimbangan. Dia hampir rebah. Mujur aku sempat menyambut tubuhnya. Inilah pertama kali aku sehampir ini dengan seorang perempuan - Vini tidak dikira. Jantungku berdebar kencang. Otakku seperti berhenti berfungsi.

Zee melepaskan diri dari peganganku sebelum bersandar di dinding. “Terima kasih, Sam.” Aku cuma mengangguk.

“Aku balik dulu.”

Zee seperti cuba memaksa dirinya berjalan meninggalkanku. Hampir saja dia hilang dari pandangan saat otakku tiba-tiba kembali berfungsi.

“Zee!” laungku. Dia berpaling dan aku terus berlari mendekatinya.

“Aku hantar kau balik takut ada apa-apa jadi.”

“Huh?” Keningnya berkerut. “Apa?” Mulut sialan! Cakap betul-betul!

“Aku hantar kau balik ok? Dah lambat ni. Nanti ada benda tak elok pulak jadi.”

Saat berjaya menuturkan ayat itu dengan sempurna, aku menghembus nafas lega.

“Oh. OK.” Zee mengangguk-angguk.

Aku tersengih. Kami berjalan beriringan ke tempat letak motosikal. Setibanya di sebelah motosikalku, aku menghulurkan salah satu dari topi keledarku kepada Zee.

“Supaya kepala tak bocor masa eksiden.”

Zee menerimanya dengan riak ragu-ragu. “Tapi kau boleh bawak motor kan?”

“Takut eh?” aku tertawa. “Rileks. Kau selamat dengan aku.”

“SAM! SIALAN KAU! DASAR MEMBER KEPARAT!”

Vini yang tiba-tiba muncul menepuk kuat belakangku sebelum memaki-makiku. Anehnya dia sedang tersenyum lebar. Sinar di matanya memberitahu yang dia sebenarnya sedang gembira. Aku yang seperti mahu tercabut jantung akibat perbuatannya tadi segera menaruh curiga.

“Kau jumpa duit dalam longkang ke? Share la woi!”

Dia tersengih semakin lebar. “Tadi Jo tegur aku. Dia ajak aku pegi makan, lepas tu nanti dia hantar aku balik.” Dia terlompat-lompat riang. “Terima kasih sebab dah tolong aku. Aku balik dengan Jo. Nanti jumpa kat rumah, OK?” Dia melambaikan tangannya sebelum terus berlalu meninggalkan kami.

“WOI! AKU NAK APAM BALIK CHEESE COKLAT NANTI!”

Vini melambaikan tangannya. “Kalau ada balance!” pekiknya sebelum tertawa.

Aku juga ketawa sebelum menoleh semula kepada Zee. “Jom kita balik?”

Sejenak Zee kelihatan tercengang, tetapi kemudian dia mengangguk senang. Dia segera duduk di tempat duduk belakang sebelum melingkarkan tangannya ke pinggangku. Jantungku berdegup kencang.

Sepanjang perjalanan ke rumah Zee yang cuma lima belas minit itu, perutku seperti memulas-mulas. Rasanya aku mahu buang air saat itu juga.

Rumah Zee terletak di sebuah taman perumahan yang agak mewah. Saat dia menyuruhku berhenti di depan sebuah rumah, aku ternganga. “Ini rumah kau?”

Zee turun dari motosikal dan menanggalkan topi keledarnya. “Haah. Terima kasih sebab hantar aku balik.” Topi keledar itu dihulurkan padaku.

Aku mendongak. “Tingginya pagar. Scary.”

“Haah. Kat sini kan sunyi, so kena buat pagar tinggi, susah sikit pencuri nak masuk.” balasnya sambil tersengih.

“Hmm.. OK. Aku balik dulu ye. Nak tolong mak berniaga. Eh, kau tak pernah lagi rasa mi ayam mak aku kan?”

Zee menggeleng. “Tak pernah. Takde orang ajak pun.”

“Kau tu pendiam sangat. Lagi senang ajak Vini bertumbuk dari ajak kau berborak.”

Dia tertawa kecil. “Hati-hati bawak motor.”

“Tapi kalau nanti aku ajak kau ke rumah makan mi, kau nak tak? Mangkuk pertama free. Kalau nak tambah baru kena bayar… hahaha!” “Boleh.”

“Okay! Esok jumpa lagi!” Dan aku kembali memecut motosikalku untuk pulang ke rumah. Hatiku terasa bahagia. Seolah-olah jualanku baru sahaja habis diborong perdana menteri.

jjjjj

[Zee]

“Kenapa cikgu panggil saya? Saya takde buat salah apa-apa kan?”

Cikgu Imari menutup buku di tangannya sebelum menjawab. “Saya rasa bulan lepas saya ada bagi surat mintak ibu awak datang jumpa saya. Kenapa dia masih belum datang sampai hari ini?”

“Mama kerja. Dia tak ada masa nak datang.”

“Untuk anak tak ada masa? Mustahil.” “Betul, cikgu,” jawabku selamba.

“Jadi macam mana saya nak jumpa ibu kamu? Atau dia nak saya dengan cikgu kaunseling datang ke rumah je?”

“Jangan, cikgu!” Jantungku berdebar-debar. “Apa yang penting sangat cikgu sampai cikgu nak jumpa ibu saya? Saya tak pernah buat hal pun dalam kelas. Sam dan Vini yang selalu membuat kacau di dalam kelas tak pernah pulak cikgu panggil mak bapak mereka datang?”

“Kenapa kamu perlu libatkan orang lain?” sahut Cikgu Imari. Matanya jatuh pada skirt yang kupakai. “Cuba angkat sikit skirt

kamu. Cikgu nak tengok paha kamu.”

“Tak nak. Itu tak sopan,” balasku.

“Okay, kalau begitu jawab pertanyaan saya yang sudah banyak kali saya tanya. Kenapa badan kamu selalu lebam-lebam? Mustahil sebab kamu selalu jatuh dalam bilik mandi atau terlanggar perabot atau patung di rumahmu. Siapa yang pukul kamu?”

“Cikgu kelas saya yang dulu tak pernah bertanya apa-apa pun?

Kenapa cikgu layan saya macam saya ni orang pelik?”

“Saya ambil berat tentang kamu.”

“Tak perlu. Saya ke sekolah cuma untuk belajar, bukan untuk diperiksa kehidupan saya.”

Cikgu Imari diam. Hanya matanya yang merenung tajam padaku.

“Masih ada lagi, cikgu?” soalku.

“Sebenarnya saya sudah bosan dengan hal-hal sebegini. Kamu memang bukan budak nakal. Saya cuma mahu menolong kamu.”

“Tolong apa, cikgu?” Aku ketawa kecil. “Untuk apa ibu saya pukul saya? Dia cuma ada saya seorang je. Dia jururawat. Pesakitpesakitnya semua dia jaga dengan baik, apatah lagi saya, satusatunya anaknya.”

Aku menggeleng perlahan. “Begini ya, cikgu. Sebagai ibu, pasti cikgu juga mendidik anak-anak cikgu supaya jadi pandai kan? Tak mungkin cikgu memperbodohkan mereka. Ibu saya pun sama.”

Cikgu Imari mengeluh. “Baiklah, kalau kamu kata begitu. Saya pun dah malas ambik tahu tentang kamu. Bila dinasihati pun melawan. Tak macam Sam dan Vini. Mereka terima teguran saya walaupun tidak dengar kata guru-guru lain, kerana mereka menganggap saya ini seperti ibu mereka.”

“Lah, bukan ke tadi cikgu kata jangan libatkan orang lain?” soalku sambil menjongket sebelah keningku. “Sekarang siapa yang buat?”

“Astaga,” keluh Cikgu Imari. Wajahnya berubah, tangannya menggigil, mungkin sedang menahan emosi. “Sudahlah. Kamu baliklah. Saya anggap urusan kita sudah selesai.”

“Terima kasih, cikgu.” Aku segera beredar dari bilik itu. Aku berjaya melepaskan diri lagi. Syukurlah.

Dan kemudiannya aku menangis di bahagian belakang bilik kaunseling itu selepas Cikgu Imari juga beredar. Tempat yang jarang dilalui orang. Aku menangis kerana merasa bersalah telah bercakap kurang sopan dengan Cikgu Imari.

Kemudian Sam datang dan menegurkanku. Saat aku mahu berdiri, hampir saja aku mahu rebah kerana hilang imbangan. Mujur Sam menahan tubuhku dari terjatuh. Aku merasa canggung saat tubuh kami bersentuhan, tetapi untunglah aku cepat-cepat menjauhkan diri darinya. Dia menawarkan untuk menghantarku ke rumah. Aku setuju kerana tidak mahu naik bas mini dengan wajah sembab. Aku tidak mahu jadi perhatian orang lain.

Saat Vini tiba-tiba muncul sebenarnya aku risau dia mahu pulang bersama Sam. Tapi ternyata Vini akan dihantar pulang oleh Jo. Syukurlah.

Setiba di hadapan rumahku, aku tahu Sam kehairanan melihat pagar rumahku yang tinggi. Pagar yang mengelilingi rumahku itu memang tinggi, hampir sama tinggi dengan bumbung rumah. Dan rumahku memang terlalu besar untuk dua orang tinggal. Ukuranya lima belas kali tujuh belas meter. Rumah dua tingkat itu dihias marmar warna biru gelap, dengan puluhan lukisan abstrak pada dindingnya dan patung-patung logam di sudut-sudut ruang tamu. Itu semua membuat rumahku kelihatan suram, dan memang juga tetap akan suram walaupun tanpa lukisan-lukisan dan patung-patung tersebut.

Ah, Sam juga berjanji untuk mengajakku makan mi ayam ibunya di rumah. Tak sabar menunggu harinya. Entah janjinya akan dia tepati atau tidak. Tapi aku seronok bersamanya walaupun dalam waktu sesingkat tadi.

Aku masuk ke dalam rumah. Rupanya Mama sudah pulang.

“Selamat petang, Ma.” Aku menyapanya yang sedang duduk menonton televisyen. “Mama sudah makan?” soalku. Kerana aku belum.

“Siapa yang hantar kamu tadi?” soal Mama.

Darahku tersirap. “Kawan, Ma.”

“Kau tak boleh balik sendiri?”

Aku menunduk. “Boleh.”

Mama menepuk kusyen sofa di sebelahnya. “Duduk sini.”

Aku ikut duduk di sebelah Mama. Nafasku mula tidak teratur. Peluh dingin mula terbit di dahiku. Aku tidak mahu dia bertanyatanya tentang Sam. Lagi pun kami hanya kawan. Aku belum ada keinginan untuk bercinta dengan sesiapa.

“Kenapa balik lambat? Dan kenapa dihantar lelaki?” tengking Mama agak kuat. “Jangan-jangan nanti kamu bawa dia masuk ke rumah masa mama takde.”

“Tak, Ma. Tadi cuma kebetulan.”

PAP! Wajahku ditampar Mama. Aku menahan diri dari bergerak dan menangis. “Jangan jadi perempuan jalang ya?”

Perempuan jalang itu apa, Ma? “Tak, Ma. Kami kawan je.”

“Aku tak larang kau berkawan.” Aku mengangguk.

“Tapi nanti kalau dia ajak kau keluar, macam mana? Kalau dia buat benda bukan-bukan dengan kau, macam mana? Kalau dia bagi kau dadah atau rogol kau macam mana?”

PAP! Sekali lagi Mama menamparku. “Macam mana, hah?!” Air mataku menitis.

“Budak tak sedar diri! Sini!”

Dengan kasar Mama menarikku ke bilik air. Dalam keadaan diseret Mama itu, aku merayu-rayu separuh meraung.

“Ma, aku mintak maaf. Jangan, Ma!’ jeritku kuat. Merayu. “Aku minta maaf, Ma. Aku janji tak buat lagi, Ma!”

Mama membuka pintu bilik mandi kami yang besar. Kemudian dia menolakku ke dalamnya. Dia membuka pancuran air. Aku meringkuk di bawah pancuran air hujan yang deras itu.

“Maaa.. aku minta maaf…”

“Bangun!” Mama menarik lenganku. Saat aku telah berdiri, dia menolakku ke dinding. Tubuhnya yang juga basah itu menekanku. “Aku nak kau jadi perempuan baik-baik, supaya nanti hidup kau jadi baik.” Rambutku direntap kuat. “KAU FAHAM TAK???”

Aku cuba mengangguk tetapi kepalaku tidak dapat digerakkan. Sakit!

Tangan Mama memegang bahuku sebelum menghentakkan tubuhku ke dinding. “Patutnya kau bersyukur dapat mak macam aku!” Dia menghentak-hentak lagi tubuhku berulang-ulang. Belakangku terasa sakit. Separuh mati aku cuba bertahan untuk tidak menjerit meskipun bahuku benar-benar sakit.

“Kau patut bersyukur masih ada aku! Anak tak mengenang budi!” Berkali-kali Mama menghentak tubuhku ke dinding sambil membentak-bentak.

“Sudah, Ma. Sakit…”

“Kau ingat aku tak sakit ke hah?” Kemudian dia berhenti dari menghentak tubuhku. “Bukak baju!”

Aku menarik skirtku ke bawah, meloloskannya dari kaki. Kemudian aku menanggalkan kemeja seragamku. Yang tinggal hanyalah sehelai singlet dan seluar pendek ketat yang melekap di tubuhku.

“Masuk bilik!” arah Mama tegas. Dia menguis baju sekolahku ke satu sudut dengan hujung kakinya. “Cepat! Masuk bilik kau! Budak bodoh!”

Aku segera beredar sepantas mungkin, menahan sakit yang luar biasa di bahu, belakang dan kepalu. Saat aku keluar dari bilik air itu, aku sempat menoleh ke belakang. Mama tidak keluar. Dia sedang berteleku di atas lantai, di bawah curahan air pancuran, kelihatannya dia sedang menangis.

Kenapa Mama selalu menangis selepas menyeksaku? Khuatir diherdik lagi, aku segera masuk ke bilikku. Tubuh kukeringkan dengan tuala. Kemudian aku menukar pakaianku. Bahuku keduaduanya merah. Pasti esok ianya akan lebam lagi. Mujurlah boleh ditutup dengan baju.

Aku segera membuka laci meja solekku dan mengeluarkan ubat luka. Perlahan-lahan aku menyapu ubat itu ke bahuku yang sakit sambil mengetap bibir menahan pedih. Kemudian aku merebahkan diri ke katil dalam posisi terlungkup. Seusai tangis yang panjang itu, kelopak mataku rasanya berat sekali. Aku tertidur, sehingga pagi, dan langsung tidak makan.

Aku tidak pernah marah pada Mama. Aku tak mahu ditinggalkan lagi. Cukuplah cuma Papa yang pergi. Walaupun Mama selalu memukulku, dia tidak seperti Papa yang menghilang tanpa khabar berita. Mama tetap setia menjagaku. Kerana itulah aku benci bila Cikgu Imari atau sesiapa sahaja bertanya tentang Mama. Kerana aku sayang Mama.

jjjjj

[Sam]

Aku bersiul-siul sepanjang perjalanan ke rumah. Meskipun sebenarnya di rumah nanti aku perlu bekerja membantu emak di kedai mi ayam kami. Namanya Kedai Mi Ayam Naimah. Itu nama emakku. Kalau ada nampak sepanduk besar yang bertulis nama itu di depan sebuah kedai yang diperbuat dari kayu, itu rumahku. Kedai itu tidak besar, hanya cukup menampung lima buah meja yang setiap satunya ada empat kerusi plastik. Walaupun rumahku diperbuat dari kayu, ianya dua tingkat.

Di atas tempat kami tidur. Cuma ada dua bilik tidur dan satu ruang legar. Bilik itu milik kakak dan emak. Aku tidur di luar, di ruang legar sambil menjaga televisyen. Kami tidak ada ruang tamu. Kalau ada tetamu, kami cuma menjamu mereka di kedai sahaja.

Setelah sampai di rumah, aku memarkir motosikalku di depan kedai. Sebaik aku masuk ke kedai, aku disambut aksi panik Ghisa. Kakakku sedang tergesa-gesa memasukkan baju yang akan dipakainya esok ke kelas serta buku-bukunya ke dalam begnya.

Ini maknanya ayahku akan pulang dari berlayar hari ini.

“Sam, aku ke rumah Vini,” ujar Ghisa. Kakakku ini penampilannya biasa saja, tidak seksi seperti mahasiswi-mahasiswi lazimnya zaman sekarang. Tak akan ada lelaki yang akan menoleh dua kali saat berpapasan dengannya.

Di luar, Vini menunggu Ghisa. Dia meninggalkan warung apam baliknya seketika untuk membawa Ghisa ke bilik tidurnya. Saat kembali ke luar, dia berkata padaku. “Jangan risau. Kakak kau belum makan kan? Nanti dia makan di sini saja. Kau uruskan emakmu.”

Aku merasa lega. Aku mengemaskan barang-barangku di depan televisyen dan menyimpannya di bilik Ghisa. Pasti kamu semua pelik kan? Sebenarnya setiap kali ayahku balik ke rumah, Ghisa akan tidur di rumah Vini. Itu arahan emak sebab dia takut Ghisa juga akan dipukul ayahku. Emak juga takut kalau ayah hilang pertimbangan dan masuk ke bilik tidur Ghisa dan merogolnya. Ayahku itu kan ‘kurang waras’ orangnya. Apa-apa pun boleh terjadi. Kalau ayah bertanya kenapa Ghisa tidur di rumah Vini, jawapannya adalah kerana aku dan Ghisa selalu bertengkar berebut bilik. Jadi akhirnya Ghisa mengalah dan tidur di rumah Vini. Lagipun bilik Vini lebih sesuai disebut bilik perempuan. Sudah kerap kali ayah marah padaku kerana hal itu.

Aku berbaring di atas katil Ghisa. Menunggu rumah ini bergegar dengan suara ayah yang seperti halilintar. Entah bila ini akan berakhir.

Belum lama aku berbaring, Ghisa datang menemuiku. “Sam, jom makan sama. Ayah dah tunggu dekat luar.”

Aku spontan bangun. “Lah! Kenapa kau balik sini? Kenapa tak makan rumah Vini? Nanti ayah bising-bising lagi.”

Ghisa menggeleng. “Sesekali je jumpa, takkan tak boleh makan sama. Cepatlah!”

Aku cuma menurut saja.

Di depan televisyen, di atas lantai beralaskan karpet yang sebelum ini menjadi tempat tidurku, sudah terhidang makanan. Tumpuan ayahku ke televisyen beralih kepada aku dan Ghisa. Sebenarnya ayah keliahatan lebih tua dari umurnya, tapi badannya masih kuat. Rambutnya sudah memutih dan kulitnya yang gelap sudah berkedut seribu dimamah usia. Tapi usianya tidak sejajar dengan perangainya dan kewarasannya.

Emak mengambilkan pinggan untuk ayah dan menyendukkan nasi dan lauk untuknya. Kemudian pinggan itu diletakkan di depan kaki ayah yang sedang duduk bersila. “Jemput makan, bang.”

Aku menyenduk makananku sendiri, begitu juga Ghisa.

Suasana saat makan itu hening. Aku lebih suka begitu. Tapi kemudian emak memutuskan untuk bercerita tentang kehidupan sehari-hari kami. Mungkin maksudnya baik, dia cuma mahu suaminya tahu perkembangan anaknya. Tapi rupa-rupanya itu mengundang bencana.

“Tak lama lagi Sam habis sekolah. Dia tak tau lagi nak sambung belajar ke nak kerja,” ujar emak. “Apa pendapat abang?”

Ayahku memandangnya. Kunyahannya menjadi perlahan.

“Dia kata tak nak sambung belajar. Tapi kalau boleh aku tak nak dia terus kerja,” sambung emak.

Kalau sambung ke universiti katanya tak sanggup. Tapi aku kurang suka dia terus bekerja,” sambung emak. Dia tidak perasan bahasa tubuh ayah yang mendadak berubah tadi.

Ayah berhenti makan dan mencuci tangannya. “Kacau selera makan aku je!” tempik ayah kuat. “Aku peduli apa dia nak buat apa? Kau nak suruh dia masuk universiti? Kau ingat tu semua tak perlu duit?”

Emak menunduk. “Maaf. Aku cuma nak minta pendapat.”

Aku juga sudah mencuci tangan. Waspada. Keadaan agak tegang sekarang. Ghisa di sebelahku hanya tunduk sambil meneruskan suapannya.

“Itu, yang masuk universiti tu! Buang duit je!” herdik ayah. “Anak tak sedar diri. Tak sedar miskin tapi sibuk nak belajar tinggitinggi!”

Ghisa menggigit bibir. Dalam keadaan masih tunduk, dia mencuci tangannya. Nampaknya sudah tidak berselera makan.

“Aduh, jangan marah pada Ghisa, bang. Kan aku pernah kata, aku yang nak dia belajar. Dia tu budak pandai, sayang kalau tak sambung belajar.”

Ghisa belajar bidang pengurusan kewangan, tanpa biasiswa. Yuran pengajiannya membuat aku rasa mahu mencekik diriku sendiri. Ghisa tidak berjaya dalam permohonan biasiswanya, entah kenapa.

“Nan.. nanti aku akan cari kerja yang ba…bagus bila sudah habis belajar, ayah,” sahut Ghisa takut-takut. “Aku janji. Janji akan bayar balik jasa ayah dan emak.”

“Kerja apa yang boleh kau buat?” tempik ayahku. “Kat luar tu berlambak orang yang menganggur. Kau pun nanti sama agaknya!” Dia menuding jari ke wajah Ghisa dengan tangan kiri sambil mengomel. “Kau tau tak? Yang pergi belayar dengan aku tu ada yang ada ijazah undang-undang!” “Jangan samakan aku dengan orang lain…” PANG!

Ayah melempar piring ke arah Ghisa. Mujur Ghisa mengelak. Nyaris saja terkena wajahnya.

Darahku menggelegak. Penumbukku sudah terkepal.

Emak dengan pantas cuba menyelamatkan keadaan. “Sudah, Ghisa. Balik ke rumah Vini sana. Tidur!” arah emak. Kemudian dia kembali menatap Ayah. “Sudah ya, bang. Jangan marah dia lagi.”

“Dah pandai melawan ya?” herdik ayah pada Ghisa.

“Sudahlah, bang.”

Ayah berpaling ke arah emak. “Kau pun sama! Macam ni cara kau mendidik anak? Emak jenis apa kau ini?”

Emak diam sebelum menghela nafas panjang.

Aku bangun dan menarik tangan Ghisa. “Jom ke rumah Vini. Nanti rumahnya tutup. Aku tak nak kongsi bilik dengan kau.”

Ghisa patuh. Dia mendahuluiku keluar dari rumah. Aku meninggalkan ayah dan emak seketika. Mereka masih bertengkar. Setibanya di luar, Ghisa berpaling padaku. “Sam, kau jaga emak ya? Jangan sampai dia diapa-apakan.”

PLAK!

BRUK!

Mataku terbeliak. Bunyi itu datang dari tingkat atas. Tanpa bertangguh, aku berlari naik semula. Ghisa mengikut di belakangku. Dan ternyata emak sudah terhenyak di lantai sambil menangis. Satu tangannya memegang pipi.

“Isteri tak mengenang budi!”

Sekali lagi pipi emak menjadi mangsa tamparan ayah. Saat itu aku maju ke depan dan menarik baju ayah dari belakang. Sekali hayun, aku berjaya membuatnya terhuyung ke belakang dan terus terduduk, menjauh dari emak.

“Ayah pergi dari sini atau kita buat perhitungan!” ujarku dengan jiwa yang membara. “Macam ni ke cara lelaki mendidik anak dan isterinya? Jangan pandai cakap je!”

Ayah bangkit sambil membetulkan bajunya yang tadi kutarik. “Cermin muka kau dulu sebelum berani ajak aku buat perhitungan. Kau pun sama! Anak tak berguna!” Kemudian dia mengambil jaketnya yang tersangkut di dinding.

“Jangan balik lagi!” tempikku.

“Cheh! Kau ingat aku suka sangat tidur kat sini? Baik aku tidur atas kapal!”

Ayah segera menuruni tangga kayu dan berjalan ke luar. Saat pintu berdentum kuat, aku menarik nafas panjang. Kepalaku rasanya sakit kerana menahan marah tadi.

“Kenapa kau lawan dia?” Tiba-tiba emak memukul belakangku dengan tangannya. “Dia ayah kau! Dia baru balik berlayar!”

Aku menggeleng, marah bercampur hairan. “Emak ni kenapa? Masih nak sebelahkan ayah. Emak tak bosan ke kena pukul, kena tampar? Jadi tempat dia lepaskan geram? Aku sakit mata tengok semua tu, emak. Aku tak nak dia buat ikut suka dia!”

“Emak, sudahlah. Pergilah tidur kat bilik,” potong Ghisa. “Nanti aku kemas semuanya.” Dia mula mengutip pinggan-pinggan di lantai.

Aku memegang lengan emak, membantunya berdiri. “Emak tidur dulu ye? Tenangkan diri dulu.”

Aku menuntun emak ke tempat tidurnya dan membantunya berbaring. Menyelimutkannya dan memastikan dia selesa.

“Terima kasih, Sam,” ucap emak lirih.

“Ya. Aku tolong Ghisa berkemas, ya?”

“Sam nanti kalau ayah kau balik, jangan lawan dia lagi, ye? Biarlah dia nak buat apa yang dia suka. Kalau tak ditegur, dia tak marah.” “Okay,” ujarku pendek. Tapi aku tak janji.

Kemudian aku menutup pintu bilik emak. Di luar, Ghisa sedang mengelap lantai yang dikotori sisa makanan. “Sam, aku belum cuci pinggan tu. Kau boleh tolong?”

Aku mengangguk. Aku menuruni tangga dan berjalan ke besen tempat mencuci pinggan kotor. Tanganku mencapai span dalam bekas sabun dan mula mencuci. Tidak lama kemudian, Ghisa muncul.

“Sam, aku ke rumah Vini, ya? Tak apa kan?”

“Okay,” ujarku. “Kau tenang saja. Kalau ada Sam, semuanya akan aman.”

Ghisa menepuk perlahan bahuku dan segera keluar dari rumah. Aku meneruskan kerja mencuci pinggan. Selepas semuanya selesai, aku bergerak menuju tangga. Niatku mahu kembali ke atas, melihat keadaan emak. Pandanganku jatuh ke ruang kosong di bawah tangga. Biasanya ayah menyimpan peralatan berlayarnya di situ. Kini barang-barang itu sudah tiada. Mungkin dibawanya bersama. Itu maknanya dia tidak akan pulang dalam masa sebulan dua ini.

Oh, syukurlah.