Jangan Baca Novel Ni - Chapter 13
?Bab 13 (21/4/2014)

"Azim? Mira duk kawan lagi ke dengan budak miskin tu?"

"Abang! That's a terrible thing to say. Dia kawan baik Mira. Dan dia seorang lelaki yang sangat baik. I hope you respect that."

"Yalah. Baik la sangat kan? Orang panggil datang majlis pukul tujuh setengah. Sekarang ni dah nak pukul sembilan dah tak sampai-sampai lagi...."

"Mungkin dia tak sihat. Pagi tadi pun dia balik sekolah awal," Elmira memberikan alasan.

"Kalau macam tu buat apa nak tunggu dia lagi? Dia memang tak datang la tu..."

"Tak. Dia mesti datang..."

"Mana Mira tau?"

"Sebab dia dah janji. Azim tak pernah mungkir janji. Not once since I've known him for so many years..." yakin Elmira.

Memang benar. Azim memang tak pernah mungkir janji. Begitu juga dengan malam ini. Azim sudah sampai di rumah banglo Elmira tepat pukul tujuh setengah tadi. Tapi dia cuma duduk di tepi parit di belakang rumah Elmira.

Dia rasa aneh. Badannya berpeluh. Panas yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya juga sakit-sakit. Dia tak mau Elmira nampaknya dalam keadaan begitu. Takut Elmira susah hati.

Setelah rasa kuat sedikit, Azim pun bangun. Dia mengunci basikal buruknya pada tiang lampu di situ.

Dia menarik nafas dalam-dalam, lalu masuk ke dalam banglo tersebut, melalui pintu belakang dapur. Seperti yang setiap kali dia akan lakukan bila bertandang ke rumah agam itu.

Orang gaji Elmira bukan main seronok lagi bila melihat wajah Azim. Dia memaklumkan pada Azim tentang betapanya Elmira cemas menantikan Azim datang.

Sampaikan semua orang lain yang hadir di majlis itu bagaikan tak wujud baginya. Dia hanya ingin menyambut hari jadinya yang ke tujuh belas bersama dengan Azim.

Azim tersenyum mendengar kata-kata dari orang gaji itu. Menguatkan lagi tekadnya untuk bersama Elmira malam ini. Walaupun barangkali ini adalah malam terakhirnya.

Di tengah-tengah keramaian. Di antara warna-warna yang pelbagai. Dan di celah lampu-lampu hiasan yang memenuhi majlis besar itu. Azim dapat lihat satu sosok putih suci yang sedang menantinya dengan setia.

Azim rasa bagaikan nyawanya diambil saat itu, oleh Elmira. Suatu kejadian yang paling indah, yang pernah menghiasi mata Azim.

Azim memerhatikan rambut Elmira yang panjang beralun ditiup angin. Bersama dengan gaun putihnya yang bersinar. Azim lihat, Elmira bagaikan bercahaya malam itu.

Seperti seorang bidadari yang jatuh dari langit. Turun untuk membawanya naik ke kayangan.

Elmira menoleh. Wajahnya yang mendung dari tadi terus berubah ceria apabila melihat Azim sudah sampai. Dia meluru untuk mendapatkan Azim. Habis semua orang dalam laluannya ditepis ke tepi. Elmira terus memeluk Azim dengan erat. Semua ketakutannya sudah hilang kini.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan terjadi kepada Azim seterusnya?