Jangan Baca Novel Ni - Chapter 10
?Bab 10 (16/4/2014)

Pada mulanya, memang Adib memberontak apabila Munir 'merampas' novel tersebut darinya. Adib seakan-akan ada satu pertalian aneh dengan buku itu. Seolah dia begitu sukar hendak melepaskan buku tersebut.

"Biar abang tengok dulu. Nak tengok sesuai ke tak untuk Adib baca. Lepas abang dah habis tengok, abang bagilah balik dekat Adib. Abang janji," kata Munir. Adib hanya merenungnya dengan mata yang merah.

Munir menuju ke beranda. Berbekalkan secawan kopi o' panas dan sebungkus kerepek, dia mula membaca novel usang itu...

Cerita 1

KACUK

Aku bukan binatang...

"Tolong buat perangai macam orang sikit boleh tak?"

"Habis tu perangai saya macam apa sekarang ni? Binatang?"

"Awak yang cakap. Bukan saya..."

"Kalau macam binatang, macam binatang apa? Mesti kucing kan? Sebab saya comel...." Azim sengih sambil mencubit kedua belah pipinya sendiri.

"Perasan! Macam B, E, R, U, K adalah!" balas Elmira. Macam begitu marah sangat. Dia sambil itu mengibas-ngibas baju kurung sekolahnya yang penuh dengan cikedis yang ditumpahkan oleh Azim.

"Marah ke?" soal Azim walaupun dari riak muka Elmira memang dah nampak sangat gadis itu bengang. Mana taknya? Dia duk feeling-feeling seorang diri dekat tepi taman sambil makan cikedis, tiba-tiba Azim datang dan menyergahnya sampai melambung plastik keropok di tangannya tu kerana terkejut.

"Mestilah marah. Tengok ni. Habis dah lekat warna oren dekat uniform saya..." sungut Elmira.

"Sowie..." kata Azim. Sejurus selepas itu, dia terus berdiri di hadapan Elmira dan membuat ketuk ketampi tanpa dipinta.

"Dah kenapa pulak ni?" tanya Elmira.

"Yalah. Kan hari tu saya dah janji. Setiap kali saya buat salah saja, saya akan buat ketuk ketampi sebanyak sepuluh kali," kata Azim sambil menghabiskan ketuk ketampinya.

Elmira tergelak lucu. Dia memang tak boleh nak marah lama-lama dekat Azim. Tiap-tiap kali, ada saja cara dia nak membuatkan Elmira ketawa sekaligus melupakan segala ketegangan yang wujud.

Barangkali sebab itulah mereka boleh tahan berkawan lama. Sejak dari tadika, sampailah sekarang ni dah tingkatan lima. Kebetulan pula mereka selalu ditempatkan di dalam kelas yang sama.

Rumah pun duduk dekat-dekat saja. Jadi tak hairanlah kalau mereka menjadi kawan baik secara semulajadi. Menjadi rapat dan sentiasa bersama kemana saja mereka pergi.

Sampaikan dah dicop sebagai couple oleh rakan-rakan sekolah mereka. Elmira dan Azim cuma gelak bila setiap kali kawan-kawan mengusik mereka dengan pernyataan itu.

"Susah-susah sangat, kita couple betul-betul jelah!" kata Azim tiba-tiba.

Elmira yang tengah buat latihan Matematik sambil gigit pensil terus rasa macam nak tertelan pensil tu.

"Tiba-tiba jek..." Elmira mencebik. Azim tersengih seronok. Dia suka bila Elmira buat muka. Nampak comel. Lagi-lagilah bila mata bulatnya terjeling-jeluat.

"Yalah.... Pi mai pun orang memang dah kata. Baguslah kalau kita merealisasikan impian dia orang untuk melihat kita bersama..." seloroh Azim.

"Impian dia orang ke... impian awak?" tanya Elmira.

"Eheh... impian awak kut...?" sakat Azim lagi.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang dimaksudkan sebagai KACUK dalam cerita yang dibaca Munir?