Jangan Baca Novel Ni - Chapter 11
?Bab 11 (17/4/2014)

"Mengadalah!" bentak Elmira sambil bangun dan mengubah tempatnya. Dia duduk di meja belakang bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki lain di dalam kelas.

Azim ikut bangun. Dia mengarahkan pelajar lelaki itu untuk bangun dan pergi duduk di tempat lain. Kemudian mengambil kembali tempatnya di sebelah Elmira.

"Awak ni sesuka hati je nak halau orang kan? Padahal itu kan tempat duduk dia," marah Elmira.

"Saya tak suka awak duduk sebelah lelaki lain..." luah Azim. Wajahnya serius. Walaupun dia suka melawak. Tapi bila berkenaan hal itu, Azim tak pernah main-main.

Baginya Elmira hanya layak di sisinya. Lelaki lain tak pandai membuatkan Elmira ketawa. Lelaki lain tak pandai menjaga Elmira. Tak pandai melindungi Elmira. Dan buatkan Elmira gembira dan rasa selamat sepanjang masa. Dia seorang saja yang pandai.

Azim menenyeh matanya berkali-kali. Terasa pedih tiba-tiba.

"Kenapa Azim?"

"Entah. Gatal pulak tiba-tiba. Awak tengok kejap. Ada benda tak dalam mata saya?" pinta Azim pada Elmira.

"Azim... anak mata awak...."

"Kenapa?"

"Biar betul ni... awak main-main eh? Awak pakai contact lenses eh?"

166

"Awak cakap apa ni Elmira? Kenapa dengan mata saya?"

"Anak mata awak... warna hijau."

"Hah?!"

Azim terus bangun dan berlari keluar dari kelas. Elmira ikut di belakangnya.

"Hoi! Ini tandas lelaki la!" seorang pelajar lelaki yang sedang kencing dengan nikmat terkejut apabila ternampak seorang pelajar perempuan masuk.

"Tak hengen la nak tengok.... Buwekkk!!!" Elmira menjelir pada pelajar itu.

Dia lalu mendapatkan Azim yang sedang berdiri di hadapan cermin dengan wajah yang cemas. Memang benar.

Anak mata hitamnya tiba-tiba berubah menjadi hijau terang. Ada pula garisan melintang tegak warna coklat tua ditengah-tengah. Tak ubah macam mata... kucing.

Azim meminta kebenaran dari gurunya untuk meninggalkan sekolah dan balik ke rumah dengan alasan tidak sihat. Sepanjang masa menundukkan kepalanya saja. Takut orang akan nampak matanya yang sudah bertukar menjadi hijau. Apabila ditanya, Azim cuma menjawab dia sakit mata.

"Azim...!"

Azim berhenti berjalan walaupun hanya beberapa langkah lagi untuk keluar dari pintu gerbang hadapan sekolah.

"Awak masih akan datang birthday party saya malam ni?" tanya Elmira dengan harapan tinggi yang terpancar dari wajah redupnya.

"Saya takkan terlepas walaupun dunia saya berakhir malam ni...!" laung Azim sambil senyum. Mata hijaunya tampak bersinar bila dipantul dengan cahaya matahari yang terik.

Elmira melambai pada Azim dengan hati yang berat. Berat untuk melepaskan...

Sampai saja di rumah, Azim terus ke biliknya. Di atas katil kelihatan terdampar sepasang sut yang segak. Barangkali ditinggalkan oleh ibunya sebelum ke kerja pagi tadi. Di atasnya ada sekeping nota.

‘Untuk Azim pakai malam ni. Ini satu-satunya baju sut yang arwah bapak Azim ada dulu. Mak rasa padan dengan Azim. Nak beli yang baru mak memang tak mampu. Harap-harap Azim suka. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak selekeh bila pergi majlis besar tu nanti. Kirim salam mak pada Elmira. Ucapkan selamat hari jadi pada dia. Mak balik lambat malam ni. Buat over time. Azim tak payah tunggu mak ya.’

...bersambung

Bab akan datang:

Kenapa mata Azim bertukar mencari hijau? Adakah dia akan hadir ke majlis hari jadi Elmira?