Jangan Baca Novel Ni - Chapter 40
?Bab 40 (28/5)

"No. I literally sakit kepala. Maybe because of this smell," kata Ismi sambil membuka novel tersebut dan menyuakannya pada muka Zack. Zack menepis buku tersebut sambil menekup hidungnya.

"Busuk sial..." kata Zack.

"Tau tak apa. You boleh tolong check tak buku ni tulis dengan dakwat apa? Lepas tu test sekali dakwat merah dekat kulit dia ni. I'm pretty sure it's blood," ujar Ismi dengan selamba.

Zack memerhatikan Ismi dengan wajah tak puas hati.

"Dah gila ke budak ni...?" luah Zack.

"Maybe.... I pun memang baru balik dari hospital orang gila."

"Buat apa dekat sana?"

"Research for my next novel. Tapi kebetulan berjumpa dengan seorang lelaki yang tengah pegang novel ni. I mintak nak pinjam sebab nampak pelik. Tapi alih-alih dia bagi terus dekat I. I pun ambil jelah."

"I see.... Okeylah. I have to get back to work. Bagi buku tu. Ada masa nanti I examine," kata Zack.

"Alright. Thanks Zack. Oh ya, I nak pesan satu benda."

"Apa?"

"Masa you kaji buku tu nanti, pakai penutup mulut kay?"

"Alah... I dah biasa la bau-bau busuk ni. It's the nature of my work as a toxicologist."

"Still... just be careful okay?" pesan Ismi.

"You bet!"

Seminggu kemudian...

Ismi sudah habis membaca salinan novel itu. Isi kandungannya merupakan gabungan beberapa cerita yang tak berkaitan. Taklah begitu menarik. Biasa saja. Malah agak membosankan. Namun benda-benda yang mengelilingi novel itu yang lebih menarik perhatiannya. Contohnya, keadaan novel itu sendiri yang ditulis dengan tangan sepenuhnya. Juga dakwaan lelaki di hospital sakit jiwa yang mengatakan bahawa novel itu yang telah membuatkannya sakit. Sehiggakan dia bersungguh-sungguh menyuruh Ismi menghapuskan novel tersebut. Tambah pelik lagi apabila novel itu mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Telefon Ismi berbunyi. Nama Zack tertera sebagai pemanggil.

"Hellow!" Ismi menjawab.

"Hohoi...!" balas Zack.

"So?"

"Yup. I dah proses dah buku tu. It's really a piece of work. You are not going to believe what I got from it."

"I'm listening..."

"First of all. Tulisan tajuk dekat kulit yang kata 'JANGAN BACA NOVEL NI' tu memang darah."

"Yup. I thought so."

"Tapi itu bukan benda yang paling pelik pasal buku tu tau. I kaji dakwat yang digunakan untuk tulis cerita dalam buku tu macam yang you suruh. Macam-macam test I buat. Tapi I tak dapat jugak nak determine apa yang membuatkan dakwat dalam buku tu bau busuk. Last sekali I give up. So I pun mintak tolong dari boss I yang lebih otai dan berpengalaman."

"And...?" lanjut Ismi yang memang dah tak sabar nak tahu.

"Rupa-rupanya... dakwat yang digunakan untuk tulis novel tu dah dicampur dengan sejenis dadah."

"Dadah?"

"Yes. Dadah yang agak jarang dijumpai sebab sifatnya yang membahayakan. And don't bother to ask me about the name of that drug sebab I pun tak reti nak sebut. Yang I tau, ianya sangat bahaya."

"Bahaya macam mana?"

"Siapa yang terhidu dadah tu, especially dalam kadar yang banyak, akan cenderung untuk berhalusinasi. Dia akan nampak dan mengalami benda-benda yang sebenarnya tak wujud. Kalau orang tu terus menghidu dadah ni dalam jangka masa yang lama pula, dia boleh jadi schizophrenic iaitu sejenis penyakit mental yang kritikal. Penyakit ni akan membuatkan seseorang itu hidup di dalam dunia fantasinya sendiri yang dipenuhi oleh perkara-perkara aneh dan tidak wujud. Tapi dia percaya bahawa kehidupannya itu adalah sesuatu yang benar-benar berlaku."

"Mungkin itulah yang dialami oleh lelaki dekat hospital sakit jiwa tu.... Dia boleh pulih tak?"

"Boleh. Kalau dia dah berhenti inhale dadah tu la. In this case, yang terdapat dalam dakwat yang diguna untuk tulis novel tu."

"I see..."

"So, apa you nak I buat dengan buku tu?" soal Zack.

"Hapuskan."

"I rasa memang patut pun. It's dangerous," sokong Zack.

"Yup. Entah dah berapa ramai orang yang jadi gila sebab baca novel tu..." luah Ismi.

"Ha'ah. Kalau macam tu nanti I hapuskanlah buku tu."

"Thanks Zack."

"Welcome. Novel you yang baru bila pulak nak keluar? I really like the last one. Yang tajuk 'Cinta Out of This World' tu."

"Heheh... thanks. Tapi I ingat nak tangguh dulu novel yang I sepatutnya keluarkan lepas ni."

"Kenapa?"

"I nak publish novel yang ni dulu."

"Hah... novel yang buat orang jadi tak siuman ni ke? Ismi... I don't think that's such a good idea."

"Ish... bukannya I nak bagi orang baca yang original. Orang akan baca yang cetak semula je..."

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Ismi untuk menerbitkan novel barunya?