Jangan Baca Novel Ni - Chapter 7
?Bab 7 (11/4/2014)

Keluar saja dari bilik tidur Munir, Ramlah terus mendapatkan anak terunanya. Terlalu banyak penjelasan yang perlu dilakukan. Munir yang sedang lali di atas kerusi di ruang tamu dikejutkan dengan tepukan kasar dari ibunya.

“Apa dianya mak…? Tak boleh tunggu esok ke? Saya letih ni…” sungut Munir.

“Jangan nak mengada-ngada. Kamu tu banyak cerita nak bagi tau dengan mak.”

“Cerita apa?”

“Boleh dia tanya cerita apa…. Tu, budak yang duk tidur dekat dalam bilik kamu tu anak siapa? Kenapa teruk sangat keadaannya? Dengan baju kotor penuh tanah. Kamu jumpa dia dekat mana?”

“Dia ditinggalkan nenek dia. Saya ambil la jaga sementara nak cari neneknya semula. Kesian…”

“Ish ish ish… sanggup ya nenek dia buat macam tu. Yang kita ni punyalah berdoa siang malam nakkan cucu. Dia dah ada, boleh ditinggal-tinggalkan macam tu pulak. Ish… tak patut betul.”

Munir hanya mengangguk sambil matanya tertutup. Melayan mengantuknya yang sudah tak tertahan.

“Oi bangunlah!” lagi sekali Ramlah menepuk bahu anak terunanya. Kali ni siap memulas perutnya sekali.”

“Sakit la mak…. Apa mak nak lagi ni…?”

“Ni… yang kamu tiba-tiba balik ni kenapa? Mak memang dah masak sangat la perangai kamu tu. Kalau saja-saja tak adanya nak balik. Selalu kalau kelam-kabut balik macam ni mesti ada masalah. Kenapa? Kamu bergaduh dengan Suraya ya? Tak payah nak terangkan. Apa pun sebabnya, mak sokong Suraya.”

“Ada pulak macam tu. Yang anak mak ni siapa? Saya ke Suraya?”

“Alah mak dah tau dah. Kalau tiap-tiap kali kau orang bergaduh, mesti salah kamu. Sebab kamu tu anak maklah mak dah tau sangat. Perangai kamu tu memang teruk. Suraya tu punyalah baik. Kalau kau orang bergaduh mesti kamu punya pasal. Suraya tu mak tau. Dia tak adanya nak buat pasal sangat. Tiap-tiap kali kamu saja yang duk buat hal. Kompem!”

Munir hanya buat tak tau. Sebenarnya memang dia mengakui kata-kata ibunya itu.

“Hah. Betul ke kamu bergaduh dengan Suraya?”

“Taklah.”

“Betul ni?”

“Betul… kami okey je.”

“Hmm…eloklah tu. Ni mak nak nasihat sikit. Kamu jagalah Suraya tu elok-elok. Bukan senang nak dapat perempuan yang sanggup bertahan dengan perangai kamu tu. Dengan panas barannya, kuat ego, kasar, tak sensitif…”

“Ada lagi?” pintas Munir.

“Perli mak la tu. Kesimpulannya, dah ada yang berkenan tu, jaga jelah elok-elok. Lebih-lebih lagi dapat pula yang sempurna macam Suraya tu. Rupa elok, perangai pun elok. Bukan macam kamu tu. Harap muka saja hensem, tapi perangai… Masya-Allah…”

“Eheh…mak kata saya hensem ek?” sakat Munir sambil tersengih.

“Yalah. Hensem macam almari. Dah pergi tidur elok-elok. Basuh kaki dulu. Nanti mak kejutkan sembahyang subuh,” Ramlah sempat membalas sakatan anaknya dengan usikkan yang lebih pedas lagi.

“Macam almari katanya…” sungut Munir seorang diri. Ramlah cuma tersenyum puas hati. Dah lama tak menyakat anak teruna kesayangannya itu. Rindu sungguh rasanya.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Munir akan berbaik dengan Suraya?