Zon Seram - Chapter 1
?Cerita 1 : 4

"Agaknya sampai bila kau nak menumpang kereta aku?" pertanyaan dari mulut Azrul memecahkan suasana dalam kereta pagi Isnin itu.

Zarif tidak memandang wajah Azrul, hanya buat muka derk sahaja.

"Macam tak kasi aku ikut kau lagi je bunyinya." Zarif cuba memprotes. Azrul sengih lebar.

"Mana ada.. aku tanya je."

"Eh, at least aku tak pernah gagal bayar duit minyak untuk engkau, kan?

"Atau... kau ada terfikir yang aku anggap kau ni macam driver aku? Gitu ke?" Zarif meneka-neka.

"Huish. Engkau. Aku dah kata. Aku tanyaaaa je. Hek eleh. Tu pun nak sensitif."

"Sorry to say, tapi aku tak sensitif okay."

"Ye lah. Ye lah. Sorry." Azrul menumpukan perhatiannya terhadap jalan raya yang hampir sesak penuh dengan kenderaan. Azrul menjuihkan bibir. Harap-harap tak lewat di pagi Isnin yang indah ni. Getus hati Azrul.

"Kau nak tau. Kenapa aku still tak beli kereta lagi?" Zarif cuba memancing perhatian Azrul.

"Hah. Kenapa?"

"Sebab.. aku malas nak tambahkan kenderaan kat atas jalan raya ni. Lagi tambah jem la jawabnya nanti. Hahahahaha." Zarif ketawa sambil menepuk pahanya.

"Tak lawak la. Kalau ada 1000 orang macam kau ni, ok la jugak. Ni, kau sorang je fikir macam tu. Nak buat apa?" sanggah Azrul.

"Ok. ok." lawak bodohnya kurang menjadi. Dan lawak bodoh kebiasaannya memang tak jadi.

Azrul dan Zarif kerja di satu syarikat bersama, cuma berlainan departmen. Mereka menjadi rakan baik ketika hendak mencari rumah sewa, setelah direkomenkan oleh rakan sepejabat mereka sendiri, Karim.

*

Zarif mengetuk-ngetuk jari telunjuknya pada meja.

Tuk. Tuk. Tuk.

Fikirannya ligat. Teringat-ingat akan kata-kata Azrul. Sampai bila agaknya kau nak menumpang kereta aku?

"Haih. Apa la nasib."

Bukan Zarif tidak mahu membeli kereta, tapi, setiap kali membuat simpanan untuk duit kereta, pasti sedikit sebanyak terpaksa diguna. Bukan untuk dijoli, tapi untuk menampung kos perubatan ibu dan ayahnya di kampung yang sering jatuh sakit.

Ibunya, menghidap penyakit tumor dalam perut. Ayahnya pula, menghidap lelah yang agak teruk. Setiap bulan, Zarif akan mengirimkan wang sebanyak RM 2,000 untuk keperluan di kampung dan perubatan mereka. Mujur ada adik lelakinya, Said yang boleh diharap. Said di sana juga ada menerima upah bekerja untuk meringankan beban. Said terpaksa memendamkan cita-citanya untuk menyambung belajar ke peringkat seterusnya. Katanya, dia rela menjaga mereka berdua, sehingga ke akhir hayat mereka.

Baki gaji yang berlebihan pula, digunakan untuk perbelanjaan dirinya. Zarif tidak menaburkan kemewahan ke atas dirinya. Zarif hidup secara ala kadar sahaja.

Untuk apa, hendak nampak bergaya tapi poket papa kedana?

Pun masih juga, duit simpanannya belum cukup untuk melepaskan deposit kereta. Zarif mengeluh lagi.

*

"Weh. Aku ada berita baik untuk kau." Azrul mengambil tempat di sebelahnya.

"Ada apa?" Zarif sedang tekun menyiapkan presentation untuk hari esok.

"Ada orang nak tolak kereta dia. Murah beb!"

"Berapa dia punya murah tu?"

"Engkau mesti tak percaya punyalah."

"RM 7000, cash!" Zarif memalingkan wajahnya ke arah Azrul.

"Kau biar betul? Entah-entah kereta potong."

"Tak.. aku dah tengok. Kawan aku punya kereta. Kereta Charade versi lama. Body pun masih okay. Kondisi pun okay."

"Hmm."

"Kau ada tak RM 7000? Aku rasa rugi kalau kau tak angkut. Mana nak dapat kereta murah macam tu."

"Bawak aku jumpa kawan kau tu nanti?" Zarif pinta tanpa berfikir panjang.

*

"Cantik."

"Iya. Kondisinya pun masih tip top." kawan Azrul, Nazem bersuara.

"Betul ke RM 7000?"

"Ya. Boleh kalau nak test drive." Nazem menghulur kunci kereta kepada Zarif.

*

"Okay, saya setuju nak beli." Persetujuan disepakati. Zarif dan Nazem berjabat tangan, setelah itu, Zarif menghulurkan kepada Nazem satu sampul surat tebal. Nazem tersenyum.

Zarif memandang ke arah kereta yang telah menjadi miliknya. LB 4414.

*

"Eh, Ah Fatt. Meh, balik ikut aku. Hujan ni kalau nak jalan kaki."

Ah Fatt terkenal dengan sikap peliknya, iaitu suka berjalan kaki dari rumah ke pejabat, dari pejabat ke rumah, yang berjarak 3KM. (pelik ke?)

"You ada keleta sudah aa, Zalif ?"

"Ya, baru beli. Sebulan yang lepas."

"Whoaaa. Manyak bagus. Sudah tak payah naik keleta Azrul lagi."

Mereka sampai di tempat parking kereta bahagian basement.

"Mana you punya keleta ?"

Zarif menjuihkan bibir ke arah kereta yang terletak kemas di hadapan mereka.

LB 4414.

Ah Fatt seolah-olah terkejut. Bagaikan ternampak sesuatu yang luar biasa. Zarif sudah pun berada di dalam kereta.

"Marilah sini." Zarif memanggil Ah Fatt.

"Apa pasat you pilih number kereta ini macam?"

"Kenapa?"

"Ini nombor banyak suwey!"

"Mengarut la. Aku dah pakai kereta ni sebulan. Tak ada apa pun." Zarif berkata sedikit angkuh.

"Menurut kami, orang Cina. 4 itu "mati". 1 itu "aku". Jadi.. maksud you punya plat ni.. "mati, mati, aku mati." Zarif ketawa mendengar penjelasan Ah Fatt.

"Nak ikut ke tak ni?" Ah Fatt menggeleng, dan Zarif juga tidak memaksa malah malas nak layan karut Ah Fatt.

Ah Fatt berlalu dari situ, sempat menoleh pada kereta Zarif. Ah Fatt tercengang kerana ada seorang perempuan memakai ceongsam berbecak-becak merah memandang tajam arahnya. Bibirnya terukir senyum sinis dan menuturkan sesuatu, "mati" dalam sebutan Cina. Perempuan itu mengangkat tangannya, berlumuran darah. Ah Fatt lari hingga terkencing dalam seluar. Becak merah pada ceongsam itu adalah darah!

Zarif dalam perjalanan pulang ke rumah. Azrul pula menyimpang ke tempat lain, berdating dengan kekasih hati.

Suasana sejuk di luar kerana hujan. Keadaan juga agak gelap dan menyukarkan pemanduan. Air cond tidak dipasang.

Zarif merasakan ada benda beku menyentuh tengkuknya. Zarif terkejut. Lantas menoleh ke belakang. Tiada apa. Zarif menelan air liur.

Lagi sekali, tengkuknya dicuit. Dia tidak menoleh, sebaliknya melihat dari cermin belakang. Seorang gadis berbaju ceongsam tersenyum manis, sebelum bertukar menyeringai menayangka giginya yang semua tajam.

Zarif terkejut. Kereta hilang kawalan dan terbabas.

*

"Sedar pun kau. Dah 3 hari pengsan." suara Azrul kedengaran.

"Kau kat hospital. Kau kemalangan." Azrul bersuara tanpa ditanya.

"Hancur teruk. Dah tak leh pakai."

Zarif memandang pada tepi Azrul, Ah Fatt. Ah Fatt hanya memandang sayu pada Zarif. Mengerti.

Di sebelah Ah Fatt pula, seorang gadis berbaju ceongsam menyeringai bermata tersembul.pada Zarif. Zarif pitam.