Jangan Baca Novel Ni - Chapter 41
?Bab 41 (29/5)

"Hmm.... Up to you lah..."

"Okeylah. I have to go. Nak pergi melawat orang dekat hospital sakit jiwa yang bagi buku tu dekat I."

"Nak buat apa?"

"Kalau I nak publish novel ni, I kena mintak kebenaran dia. Lagipun I nak extra input and details pasal novel tu. For editing. Anyway thanks ya Zack...."

"Yup. Good luck Ismi."

Zack pun mematikan talian. Dia menuju ke makmal sebelah di mana dia telah meninggalkan novel 'beracun' itu. Niatnya untuk mengambil novel tersebut lalu membakarnya waktu itu juga. Takut ia jatuh ke tangan orang lain. Tapi sebaik Zack membuka laci tempat dia menyimpan novel tersebut, ianya tiada di situ. Puas Zack mencari satu makmal. Tetap tak dapat dijumpai. Novel itu sudah hilang.

Zack bingung. Dia melengung di tengah-tengah makmal yang gelap itu. Agak lama dia cuma tercegat di situ. Sehinggalah dia terdengar satu bisikan halus. Terasa begitu dekat di telinganya. Tapi begitu jauh juga.

Zack melihat-lihat sekeliling. Tak ada sesiapa. Tiba-tiba Zack terasa satu sentuhan pada bahunya. Sentuhan yang datang dari belakang. Dari jari-jemari halus yang teramat-amat sejuk. Zack berpaling. Kelihatan seorang wanita berambut panjang sedang berdiri betul-betul di hadapannya dengan kepala tertunduk. Rambut wanita itu yang basah menutupi wajahnya. Wanita itu hanya berkemban kain batik warna biru. Keseluruhan tubuhnya pula basah ruyup.

"Cik.... Boleh saya tolong?" tanya Zack.

Wanita itu mengangguk sambil tersenyum. Lalu dengan jari-jemarinya yang biru, dia menyentuh wajah Zack yang ketakutan sambil membisikkan...

"Mulai sekarang... awak akan bantu saya untuk membalas dendam kepada orang yang telah menjadikan saya begini..."

"Jadikan cik macam mana?" soal Zack

"Macam ni..." kata wanita itu sambil tunduk dan mengusap perutnya yang besar.

Zack menelan liur. Dia baru sedar akan sesuatu. Kain batik biru. Sarat mengandung. Dia kenal wanita itu.

"Awak ni…" kata Zack dengan suara yang tergetar-getar.

"Iya..." balas wanita itu sambil memecah tangis. Tangisan yang perlahan-lahan berubah menjadi ngilaian yang sayu. Dan akhirnya terus bertukar menjadi raungan kemarahan. Wanita itu menjerit sekuat hatinya. Sehingga membingitkan telinga Zack. Zack menekup kedua belah telinganya. Wanita itu terus menjerit dengan mulut yang ternganga luas. Terlalu luas sampai menampakkan giginya yang hitam dan lidahnya yang berdarah. Jeritan wanita itu semakin meruncing. Semakin lama semakin kuat hingga akhirnya tubuh dia memancar dengan api yang menjilat dari hujung kaki ke kepalanya. Wanita itu meronta-ronta dalam kesakitan.

Zack mencuba untuk lari tetapi wanita yang sedang dimamah api itu lebih pantas menyambar tangannya.

Dia menarik Zack ke dalam pelukannya. Lalu perlahan-lahan... mereka sama-sama terbakar. Zack dapat merasai api yang menjalar dari tubuh wanita itu ke tubuhnya sendiri. Seolah-olah mereka sedang bersatu.

Dalam sekelip mata, semuanya lenyap. Kembali kepada keadaan asal seperti biasa. Wanita itu sudah tiada.

Manakala Zack pula terpinga-pinga sambil meraba tubuhnya sendiri. Masih elok dan tidak terjejas.

Zack mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Sambil cuba untuk memahami apa yang baru berlaku. Takkan dia juga berhalusinasi kerana novel itu? Sedangkan sepanjang masa Zack memeriksa novel tersebut, dia memakai penutup hidung dan mulut. Jadi tak mungkin dia terhidu dadah yang terdapat di dalam tulisan novel itu.

Dalam kebingungan, Zack keluar meninggalkan makmal tersebut. Dia mahu pulang ke rumah. Namun entah kenapa, sepanjang perjalanan, Zack asyik merasakan seperti ada seseorang di belakangnya. Sedang mengikutinya.

Zack berpaling. Tiada siapa di situ. Hanyalah sebuah lorong gelap yang sunyi. Pun begitu, Zack tetap dapat merasai kehadiran seseorang. Lalu Zack pun menyeru...

"Anom...?"

Tiada jawapan. Hanyalah kehadiran deruan angin yang panas walaupun malam sudah dingin. Angin mesra itu menyapa tubuhnya. Zack senyum. Dia melambai pada sesuatu yang tidak ada di situ. Lalu menyambung semula perjalanannya.

***Tamat***