Generic placeholder thumbnail
LELAKI TERAKHIR MENANGIS DI BUMI

MUSA NUWAYRI

4.8

Other | Complete

2371 View(s)

Akhirnya, malam itu wajah sebenar mereka terdedah. Van kami dirampas menggunakan kunci pendua manakala kami diugut ditembak menggunakan pistol di kepala andai tidak membayar RM 54,000 untuk mendapatkan semula van yang kami beli sendiri dan RM 20,000 untuk membayar sewa bangunan sekolah selama 3 bulan, selewat-lewatnya esok. Demi Allah kami tidak akan tunduk pada kebatilan. Tiada wang barang sesen lagi yang akan kami korbankan. Perjuangan tetap akan diteruskan kerana kami berjuang bukan untuk dunia yang ini! Satu sahaja yang kami pinta. Andai kami mati di dalam perjuangan ini, doakan kami mati di dalam perjuangan meninggikan kemanusiaan