Generic placeholder thumbnail
MASHARAKAT MELAWAN MAHASISWA

Zf ZAMIR

3.5

Other | Complete

436 View(s)

Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih didalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada pengembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada pengembala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri.