Generic placeholder thumbnail
Misteri Rumah Bercat Hijau

Iman Fadia

4.6119

Horror & Thriller | Complete

757 View(s)

Mereka mula melangkah ke bilik masing-masing. Baru beberapa tapak melangkah sekali lagi bunyi kuat terjadi. Kali ini jelas bunyi itu datang dari arah bilik kecil. Serentak mereka berpaling. Tepat memandang bilik kecil yang sentiasa berkunci. Pul kau dengar tak tadi? Ajid mula pasang telinga. Mana tahu bunyi itu berlaku lagi sekali. Saiful dan Azhar mengangguk serentak sambil memandang ke arah bilik kecil. Seketika kemudian bunyi seperti orang ketawa datang dari bilik itu. Azhar terlebih dulu mengangkat kaki berlari ke tingkat atas meninggalkan Saiful dan Ajid yang masih tercegat di depan pintu bilik kecil.