Generic placeholder thumbnail
WABAK

ALBERT CAMUS

5

Other | Complete

463 View(s)

Sambil bersandar di dinding balkoni, dia memanggil kucingkucing itu, “pus, pus.” Kucing-kucing itu mendongak ke atas dengan mata yang separuh terbuka. Lelaki tua itu mencarik helaian kertas menjadi kecil dan menaburkannya di atas jalan. Tertarik dengan ‘hujan rama-rama putih’ itu, kucing-kucing itu menuju ke arah cebisan kertas itu dan menggapainya. Kemudian, selepas menyasarkan dengan betul, dia meludah ke atas kucing-kucing itu. Apabila ludahannya terkena salah seekor daripada kucing-kucing itu, dia ketawa puas.