Generic placeholder thumbnail
SAYAP V

ARAFAT HAMBALI

0

Other | Complete

432 View(s)

Sayap V adalah sebuah karya sulungku selain daripada puisi. Ia sebagai cabaran untuk diri sendiri melihat sejauh mana kesungguhanku dalam dunia penulisan selepas aku ‘merehatkan’ diri dalam dunia seni rupa hampir empat tahun tanpa melibatkan diri dalam mana-mana pameran seni dan ia juga cabaran untuk memvariasikan genre penulisanku. Karya ini mula terhasil daripada perbincangan kecilku bersama Helmy Samad atau lebih mesra kupanggil ‘abang’, lalu memutuskan untuk menulisnya. Sebagai manusia, setiap pengalaman adalah rencah dalam sebuah kehidupan, sama ada pengalaman itu adalah suatu pengalaman yang kejam atau pengalaman yang indah. Pengalaman juga boleh dikutip daripada sejarah hidup seseorang dan boleh juga dikutip melalui pemerhatian dan pergaulan antara sesama manusia. Lalu pengalaman-pengalaman itu akan membentuk setiap peribadi manusia, waima daripada seketul hasrat yang kecil lalu boleh menjadi segunung hajat yang kita sendiri tidak pasti bila ia akan tertunaikan, hanya usaha yang bisa menjadi sebuah penentuan. Jangan kita gusar akan pengalaman yang kejam, kerana setiap kekejaman bukanlah satu penyeksaan yang berpanjangan tanpa belas, jangan kita terbuai dengan segala pengalaman indah, kerana keindahan tidak akan sempurna tanpa ada kejelekan. Hidup adalah sebuah perjalanan dalam sebuah pengalaman, kita yang bisa membentuk ia dengan tanpa kita sedari. Hadapi dan raikanlah. Moga terus mekar dalam cinta. Selamat membaca, Arafat Hambali, Balik Bukit Chuping, 17.02.2016? Buat mereka yang selalu terkesan dan berani untuk hidup dalam apa jua masalah secara mandiri.