Generic placeholder thumbnail
Panglima Awang

Rosli Mohd Sah

5

Other | Complete

565 View(s)

Lain macam sahaja cuaca malam ni, kata Awang kepada Melati yang masih belum tidur dan menemankan Awang membaca kitab lusuh di serambi rumah. Entahlah, tidak pernah pula cuaca sebegini. Kalau nak dikatakan musim ribut sudah melanda, tempat kita ni terlindung dari ribut. Mana mungkin ribut jejak ke kampung kita, kata Melati. Macam ada petaka yang hendak berlaku ke atas negeri kita, kata Awang, perlahan.