Generic placeholder thumbnail
SERAM SEJUK

IZUAN IDRIS

4.5

Horror & Thriller | Complete

2341 View(s)

Kelihatan sekujur tubuh lelaki yang tidak bermaya diikat di kerusi kayu yang agak usang. Baju lelaki itu juga kotor dipenuhi debu dan kulitnya dipenuhi dengan kesan cakaran. Rambutnya kusut masai. “I’m sorry Sareena! Now let me go...” “Kan I dah cakap yang I akan bunuh you. I tak bergurau...” Lantas Sareena membenamkan besi tajam itu tepat ke abdomen lelaki yang sasa itu sekaligus menamatkan riwayatnya dengan sekelip mata. Satu senyuman terukir di bibir bergincu berwarna magenta. “I tak bergurau Adam...”