Generic placeholder thumbnail
JALAN KIRI MENUJU SYURGA

BENZ ALI?

5

Other | Complete

1511 View(s)

Dia akhirnya, merosakkan dirinya Setelah kehilangan cinta suaminya, Setelah meninggalkan Tuhannya, Setelah menanggalkan tudungnya, Setelah membuang keluarganya jauh - jauh, Dan asap kelabu berkepul dari mulutnya, Bibir hitam tanda protes pada kebiasaan, Dia sendiri tak mahukan simpati Tuhan, Dia telah bertekad, untuk mati di jalan, Nekad tak mahu jenazahnya diziarah Biar hidup berwarna merah, penuh amarah, Biar mati menjadi tanah, Dan di sebelah lain, aku berdoa Agar dia berjumpa jalan keluar.