Generic placeholder thumbnail
MURTAD LIVERPOOL

NASRON YASIN

3.5

Other | Complete

649 View(s)

Satu hal yang Mat Jin cukup benci dengan penyokong Liverpool di Malaysia adalah sikap mereka yang selalu lebih sudu dari kuah. Tak boleh pula orang nak kutuk sikit Liverpool mereka, terus nak over sensitive, meroyan, marah dan ajak bergaduh sampai putus kawan. Macamlah Liverpool tu bapak dia yang punya. Macamlah Liverpool tu yang suap dia makan masa kecik, ajar dia berjalan dan menendang. Padahal sokong Liverpool pun baru 2 atau 3 tahun aje tapi sebab nak tunjuk true punya pasal, biar kawan-kawan ingat dia dah sokong Liverpool semenjak dalam buaian, sanggup hilang kawan-kawan. Bin dippers! Mat Jin juga perasan, hanya perlukan seorang peminat Manchester United untuk melihat beribu peminat Liverpool bertukar menjadi beruk!