Generic placeholder thumbnail
TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU

KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD

5

Romance | Complete

397 View(s)

Buatmu Sang Inspirasi, Dari kecil memandangmu jauh, Dari remaja melihatmu berlari, Kemudian kamu berdiri di hadapan kami, Tak pernah tidak berseri, Tidak pernah memungkiri, Kau kerap melambai, Dalam gelap bersuluh lampu pentas, Kami menyambut dengan ketawa, Kau girang tidak terkata, Jika suatu hari ketemu lagi, Teruslah memberi inspirasi, Buat kami anak kampung yang mahu ikuti -Nurul. Hubungan antara artis dan peminat memang tidak dapat dipisahkan. Sesiapa pun yang mereka idolakan, semoga dapat memberikan inspirasi dan motivasi positif yang bermanfaat. Terima kasih kepada penulis, para pembaca dan penerbit yang mempercayai bahawa setiap cerita daripada sumber apa sekalipun, pasti ada sesuatu yang boleh diteladani. Semoga novel Tuhan, Jaga Dia Untukku karya Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini akan mendapat tempat di hati seluruh pembaca. Dato' Siti Nurhaliza Tarudin 7 Mac 2017