Generic placeholder thumbnail
CERPEN-CERPEN UNDERGROUND

SAHARIL HASRIN SANIN

4.3333

Short Story | Complete

727 View(s)

Heidegger di dalam buku Sein un Zeit, berkata, "Kita ini sebagai manusia, menterjemah setiap perkara mengikut sejarah pengalaman kita sendiri". Ertinya, pengalaman kita adalah tempurung yang mengongkong kita daripada berfikir lebih luas. Membaca dan kita akan terjemahkan apa yang kita telah baca itu mengikut didikan. Melihat penjenayah, sumbang mahram, penagih dadah, dan kita sudah ada stigma, acuan-acuan yang telah dikumpul sepanjang hayat. Kadang-kadang kita terlalu tergesa melabel mereka, kita tidak tahu (Seolah-olah tidak mahu tahu?) cerita di sebaliknya. Kita kena mencipta suara baru, mengeksploit tenaga dan fleksibiliti kita pada segala bentuk idea. menulis tentang dunia orang muda. Masanya akan tiba nanti apabila orang-orang tua menjadi penat dan yang akan mengubah masa depan terletak dalam tangan orang muda. - Pascakata Cerpen-Cerpen Underground