Generic placeholder thumbnail
Kau Perlu Percaya

ByElzahra

5

Other | Series

442 View(s)

Ash segera keluar dari rumah tersebut dan memandu sendri kereta menuju ke pusat bandar. Sekitar 30 minit kemudian Ash telah sampai di pusat bandar . Dia mencari-cari sebuah kedai , kedai yang tidak pernah dia masuk , terlintas untuk masuk pun tidak. Matanya liar membaca papan tanda . Akhirnya dia terjumpa apa yang ingin dicari. Ash yang tidak pernah mendapat didikan agama tidak dapat membaca tulisan di papan tanda tetapi Ash tahu bahawa tulisan itu adalah tulisan jawi.