Generic placeholder thumbnail
MOLOTOV KOKTEL

ADAM ADLI

5

Other | Complete

291 View(s)

Universiti tidak harus mengikut jalur kehendak pasaran dan sektor industri / ekonomi semata-mata. Jaminan kerjaya produk dari universiti tidak harus lahir atas sistem menepati kehendak pasaran dan membentuk buruh berkepakaran. Sebaliknya ia wajar melahirkan minda-minda yang boleh memberi input kepada sektor tersebut, berdasarkan ilmu dan kepakaran natural hasil daripada disiplin ilmu ketika mahasiswa berada di universiti. Sektor kerjaya, pasaran, industri, dan ekonomi tidak harus menjadi acuan dalam membentuk mahasiswa sebaliknya mahasiswa yang membentuk acuan tersebut hasil daripada ilmu yang dikuasai oleh mereka.