Generic placeholder thumbnail
Sepi

Hana Zuria

5

Romance | Complete

766 View(s)

Eun Hee menjenguk ke dalam bilik. Tiada. Ke mana pula suaminya pergi? Boleh dikatakan satu rumah ini dijelajahi dia sejak tadi lagi kerana mencari Ji Hoon, namun bayang lelaki itu juga dia tidak nampak. Biasanya, kalau Ji Hoon mahu ke mana-mana, dia pasti akan memberitahu Eun Hee terlebih dahulu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Liar matanya mencari di sekitar bilik sebelum pandangannya tertancap pada sesuatu yang diletakkan di tengah-tengah katil.