Generic placeholder thumbnail
RUMAH SEWA BERPUAKA

Miss M

5

Horror & Thriller | Complete

1134 View(s)

Lepas Aina habis takbir, aku pun buka selubung selimut sebab ingatkan benda tu dah tak ada. Aku rasa macam jantung nak luruh tengok bayang kana-kanak umur 6 -7 tahun melayang kat atas kepala Aina sambil memegang mancis api kayu yang menyala. Aku dah jadi batu tak bergerak. Tak tahu apa dah terjadi. Aina sambung bertakbir. Mira pula dah terbeliak mata memandang ke atas sama macam aku. Aku pun tiba-tiba rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar Aina laungkan takbir berkali-kali. Aku pada masa yang sama dah rasa macam lemas. Berkali-kali aku gamit Aina dan Mira tapi mereka tak perasan. Aku cuba lawan dengan membaca ayat Kursi tapi masih tak ada perubahan. Aku tak tahu jadi apa pada aku ketika itu. Yang pasti dunia aku jadi gelap dan aku tarik nafas panjang-panjang. Aku paksa mata celik dan takbir banyak kali sampai lah aku sedar.